1.     Terma dan Syarat-Syarat 

  • Pakej Kad Kahwin Seremban menerusi website “http://www.tokeykadkahwin.com” menawarkan perkhidmatan mencetak kad perkahwinan, cenderahati dan sebagainya secara online (atas talian) untuk kemudahan para pelanggannya.
  • Dengan membuat tempahan di website ini  pelanggan bersetuju dengan segala terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang termaktub di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Pelanggan seharusnya meneliti segala terma dan syarat-syarat yang dinyatakan pada setiap kali melayari laman sesawang TOKEYKADKAHWIN.
  • Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli, Pelanggan) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat makluman dan penerimaan tempahan anda serta bayaran  yang ditetapkan di dalam Invois.
  • Jika anda tidak menerima email daripada pihak kami dalam tempoh tersebut, sila hubungi kami melalui telefon/email atau Whatsapp rasmi 011-10350313. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara pelanggan dan TOKEYKADKAHWIN.

 

2.    Barangan dan Perkhidmatan 

  • Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin.  Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada.  Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan.
  • Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa.  Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
  • Warna yang dipaparkan pada skrin komputer (rgb) biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk setelah dicetak (cymk).
  • Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa.  Ketebalan, tekstur dan ketepatan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas (material) yang digunakan.  Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang kertas.
  • Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi sesuatu produk itu tidaklah 100 peratus tepat dan tertakluk kepada kesesuaian sesuatu kad.
  • Setiap kad yang dikeluarkan oleh TOKEYKADKAHWIN mestilah disertakan dengan logo, alamat laman web dan nombor telefon di belakang kad dan juga di tempat lain mengikut kesesuaian.

 

3.    Pembayaran 

  • Semua  pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Setiap tempahan kad hendaklah disertakan dengan bayaran pendahuluan. Sila rujuk di bawah:
  • Deposit : (Untuk mula proses tempahan) Bayaran 50% dari jumlah amaun tempahan
  • Bayaran Baki : Baki dari jumlah amaun yang telah dibayar setelah ditolak dengan deposit sebelum membuat tempahan.

 

4.    Tempoh Siap

 

  • Setelah kami menerima tempahan dan bayaran, kami akan menyediakan draf rekabentuk (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja. Manakala tempoh siap cetakan adalah dalam 21 hari waktu bekerja. Pelanggan dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima draf tersebut dengan kadar segera.  Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya.
  • Tempoh pindaan yang diperlukan ialah 1 – 3 hari bekerja bergantung kepada maklum balas berkenaan. Pindaan draf hendaklah tidak melebihi tiga kali. Bayaran tambahan akan dikenakan jika pindaan yang dibuat melibatkan perubahan drastik (Contoh: ada unsur baru, tukar keseluruhan peta, tukar gambar yg perlu di “edit”) bergantung kepada kesukaran dan masa yang diambil.
  • Kad hanya akan dicetak setelah draf dipersetujui oleh pelanggan dan baki bayaran  dijelaskan oleh pelanggan. Kad tidak akan dicetak selagi baki bayaran tidak diselesaikan oleh pelanggan. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan penerimaan kad disebabkan oleh masalah ini.
  • Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa tempoh yang dinyatakan itu dipatuhi sepenuhnya.  Bagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti ketiadaan stok, sedikit kelewatan mungkin berlaku.  Oleh itu, pelanggan digalakkan membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. Kami akan memastikan bahawa jumlah kuantiti produk yang dibekalkan bertepatan dengan jumlah tempahan.  Sungguhpun begitu, pelanggan digalakkan membuat pengiraan semula sebaik sahaja menerimanya.
  • Sekiranya anda mendapati kuantiti tempahan tersebut kurang daripada yang dibekalkan, anda hendaklah memberikan maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh penerimaan tersebut. Kami akan membuat semakan semula dan sekiranya didapati ada kesilapan di pihak kami, kami akan membuat penggantian.  Bagaimanapun, jika  tempoh berkenaan tamat, sebarang aduan mengenai kuantiti tidak akan dilayan.

 

5.    Penghantaran

  • Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran kos penghantaran dibuat. Barangan tidak akan dihantar selagi kos penhantaran tidak dijelaskan.
  • Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat.  Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
  • Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier SkyNet sahaja. Bagaimanapun, anda boleh melantik agen penghantaran atau datang sendiri ke lokasi yang ditetapkan oleh TOKEYKADKAHWIN untuk mengambilnya.
  • Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number) yang dikeluarkan oleh SkyNet untuk memudahkan anda membuat semakan dengan stesen Skynet berhampiran kawasan pelanggan.
  • Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi.  Penghantaran melalui SkyNet hanya mengambil masa di antara satu, dua atau tiga hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan SkyNet di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.

6.    Risiko

  • Penghantaran melalui Skynet dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak SkyNet.

7.    Waranti

  • Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada pihak kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.

8.    Had Tanggungjawab

  • Kami akan bertanggungjawab di atas segala proses pembikinan artwork dan draf. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak hasil draf kad yang telah kami siapkan. Pelanggan dinasihatkan menyemak keseluruhan kad dengan teliti. Jika terdapat perubahan sila maklumkan secara bertulis atau email kepada perekabentuk (designer) bertugas.
  • Sekiranya draf rekabentuk dipersetujui melalui email, maka email terakhir pelanggan adalah untuk menyatakan persetujuan sebagai bukti persetujuan pelanggan.
  • Persetujuan melalui telefon diterima. Tetapi kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesalahan yang bakal berlaku kelak samada ianya datang dari pihak TOKEYKADKAHWIN atau pihak pelanggan sendiri.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa jua kesilapan selepas kad cetak walaupun kesalahan tersebut datangnya dari pihak kami atau pihak anda sendiri. Selepas draf rekabentuk dipersetujui anda sebagai pelanggan secara rasmi telah memberi kebenaran untuk kami mencetak barangan yang ditempah.
  • Kami akan bertanggungjawab sekiranya kad yang tempah berlainan dengan hasil draf rekabentuk yang telah dipersetujui.  Kami berhak mengantikan yang baru atau memberi diskaun di atas kesilapan yang telah pihak kami lakukan

9.    Pembatalan Tempahan

  • Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat  jika proses percetakan belum dilaksanakan.
  • Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan.
  • Jika pembatalan dibuat selepas draf dibuat, wang pendahuluan artwork (RM50) tidak akan dikembalikan.
  • Jika pembatalan dibuat setelah proses percetakan telah dimulakan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran mengikut nilai tempahan.

10.    Polisi Privasi

  • Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan pelanggan.  Kami tidak akan memberikan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak ketiga.

11.    Penggunaan Semula

  • Kami berhak menggunakan kad-kad yang telah kami cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di halaman web ini atau pun di guna pakai sebagai contoh jualan. Kami juga berhak membawa contoh kad pelanggan kami untuk dipamerkan di pameran pengantin yang mungkin bakal kami sertai kelak.

 

Ampun maaf, Salam Kasih Sayang daripada TOKEYKADKAHWIN.